6 Mar 2017

MERANA KERACUNAN MERKURI HINGGA HAMPIR MERAGUT NYAWA

Hi semua, selamat pagi dan selamat berhari isnin. Biasanya hari isnin adalah hari yang mencabar. Mana tidaknya kan hari pertama bekerja dan kalau boleh masih ingin memanjangkan tidur, tapi apakan daya, masa tidak menunggu kita :)
Baiklah mari kita sama-sama membaca testimoni seseorang yang hampir nyawanya diragut disebabkan oleh keracunan merkuri dan cara dia mengatasinya.


Kisah saya bermula pada penghujung 2014. Waktu itu saya masih dalam peringkat awal pemulihan dari keracunan merkuri akibat salah memilih produk kosmetik dan supplemen.

Waktu itu (Oct 2014), walaupun internal organ(organ dan buah pinggang) saya survive dengan asbab ubatan hospital. Tetapi, tubuh badan saya sangat sakit dan kekeringan nutrisi yang teruk. Yang dapat di lihat dari luaran ialah kerosakan kulit, kuku dan rambut saya.

Kulit saya sangat kering, bersisik dan juga mempunyai 'chicken skin'. Eczema naik di setiap pelipat tubuh. Gatalnya, hanya Allah atau siapa yang pernah kena sahaja yang tahu. Kuku di jari kiri dan kanan pula terbelah dua dan patah-patah. Kuku kering sangat dan kusam warnanya. Tidak sihat langsung."tubuh badan sentiasa di dalam kesakitan"

Rambut saya pula sangat kering, Umpama rumput yang sedang mati setelah disembur racun rumput. Warna rambut menjadi perang yang tidak sihat. Pegang dengan jari pun boleh luruh sendiridan patah-patah. Bayangkanlah betapa merananya saya. Itu belum masuk lagi penderitaan lain yang saya hadapi. Antaranya;

- Bacaan kencing manis saya sentiasa tinggi."Bacaan tertinggi saya selepas makan ialah 35pt dan bacaan terendah saya waktu pagi adalah 14pt"
- Gastrik dan pedih ulu hati yang kronik
- Hampir mengalami stroke di sebelah kiri badan (menurut doktor)
- Cakap yang tergagap-gagap dek kerna nerve system yang terganggu

Ya, Kondisi badan saya waktu itu sama seperti orang yang menjalani kemoterapi malah lebih teruk lagi.

Jadi pada waktu itu, saya bertanya kawan-kawan saya, supplemen apa yang boleh dipercayai selamat,semulajadi dan mohon ada orang yang boleh membantu saya makan supplemen dengan cara yang betul. Saya tidak mahu orang hanya menjual tanpa menerangkan pada saya khasiat sesuatu supplemen itu.

Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan oleh Allah. Seorang kawan saya menerangkan produk Shaklee kepada saya. Selepas itu saya pun cari juga sendiri info berkenaan Landmark Study Shaklee untuk memuaskan hati sendiri.

Setelah yakin, maka saya pun belilah Vitamin C dan juga Vitamin E sebagai permulaan penjagaan kulit dan kesihatan saya.

Ini adalah budget yang ternurah selain dari target pertama saya iaitu VIVIX. Masa ni, belum mampu nak beli vivix walau hebat sangat testimoni vivix yang saya baca. Waktu ini budget saya ketat kerana bil-bil hospital yang pelu ditanggung. Sedih.

Selepas habis 2 botol vitamin C dan E, saya dapat lihat kulit saya semakin sihat. Kuku saya yang semakin pulih dan tidak patah. Rambut saya juga nampak perubahan semakin kuat,Kembali hitam dan bersinar.

Oleh kerana bertambah yakin dengan result yang ada pada diri sendiri. Maka,saya terus mohon menjadi ahli Shaklee kerana nak jimat dari beli harga runcit. Saya terus makan Vit C dan E dari tahun 2014 hinggalah 2015. Walaupun tak berapa berdisiplin.

Setelah saya disahkan mengandung, sakit saya datang kembali dek kerana hormon badan yang tidak menentu. Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati apabila 2 senior doktor yang pakar di bidang O & G beritahu saya bahawa risiko kehilangan nyawa kami (bayi & saya) adalah sangat tinggi, dan kecacatan organ dalaman bayi yang dilahirkan mungkin terjadi. Risau sangat saya.

Rapi Alhamdulillah KuasaNya tiada siapa yang dapat mempertikaikan. Walaupun memang nyaris kehilangan nyawa pada waktu itu, namun kami berdua selamat. Dan baby Zariff lahir sempurna walaupun lahirnya pramatang di minggu yang ke-32 pada penghujung March 2016.

Niat untuk mencuba vivix masih belum dilupakan. Beberapa bulan setelah habis berpantang, pada bulan ogos 2016, saya cuba pula vivix. Dan sehingga hari ini, sya masih tidak berhenti jatuh cinta pada kesan vivix dan vitamin shaklee terhadap kesihatan saya. Saya rasa seperti diberi peluang kedua selepas melalui detik-detik sukar dan hampir meragut nyawa.

Inilah testimoni seorang insan yang hampir nyawanya hilang, Dengan izinNya ditemukan produk shaklee yang sangat-sangat membantunya..

Sekian untuk perkongsian pada hari ini..untuk mengetahui lebih banyak testimoni mengenai produk shaklee..ikuti saya di episode akan datang dan untuk cepat hanya hubungi saya di 010-9555229 ;)



27 Feb 2017

VIVIX - 10 TAHUN PENANTIAN, KINI ISTERI HAMIL SEMULA

Hi semua selamat pagi dan selamat menjalankan aktiviti harian kita dimana saja anda berada. Lamanya saya menghilang dan tidak update blog ya..hehe. Namun saya akan usahakan untuk sentiasa update my blog agar kita sama-sama dapat saling memberi dan menimba ilmu disamping itu juga saling mengenali. Tanpa melengahkan masa, disini saya ingin kongsikan satu testimoni yang sangat hebat iaitu setelah 10 tahun penantian, akhirnya kini isteri hamil semula. Ikuti cerita ini sehingga habis ya :)



Assalamualaikum, Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun. Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara, soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar jela,yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan. Jawapan yang biasa saya berikan "belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang" saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor dan masing-masing tiada masalah .

Sebelum ini isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulilah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulilah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dan 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak, cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tidak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup kita yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulilah. Inilah Shaklee effect saya.

Apabila kita mendengar dan melihat testimoni orang dari pelbagai sudut. Secara peribadi saya merasa sangat teruja dan sangat gembira kerana produk Shaklee dapat membantu menyelesaikan dan meringankan beban mereka. Kepada yang mahu dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk shaklee, hubungi saya ditalian 010-9555229. Saya pasti akan memberikan info yang terbaik untuk anda:)


17 Jan 2017

PROMOSI VIVIX SHAKLEE

Hi semua, begitu cepat masa berlalu kan..pejam celik pejam celik kita sudah di pertengahan bulan january. Setakat ni..azam 2017 ada sudah yang tercapai? hehe..masih terlalu awal kan dan masih jauh perjalanan..

 Baiklah hari ini saya nak share mengenai produk yang tengah promosi bulan ini iaitu VIVIX. Sekiranya anda membeli 6 botol,maka anda akan mendapat percuma 1 botol ATAU  sekiranya anda membeli 2 botol, maka anda layak mendapat diskaun 5%. Bukan itu sahaja, bagi yang baru pertama kali membeli antara satu promosi VIVIX, maka kemasukan untuk menjadi ahli juga free dan yang paling best...anda layak mendapat BONUS.


Inilah antara kelebihan yang terdapat dan terkandung didalam VIVIX. Pelbagai testimoni didapati daripada pengguna VIVIX ini. Antaranya ada yang berjaya pulih daripada masalah buah pinggang atau diabetes hingga tidak perlu lagi dialisis,  bacaan darah tinggi semakin turun hingga tidak perlu ambil ubat lagi, bapa yang selama ini tidak mampu berjalan seperti biasa kerana gout dapat berjalan secara normal  dan yang pastinya kulit jadi semakin cantik dan kelihatan awet muda.

So..kepada anda yang mahu membeli vivix, jangan lepaskan peluang untuk bulan ni kerana promosi akan berakhir pada hujung bulan ini. Untuk lebih lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi saya di talian 010-9555229

5 Jan 2017

VIVIX SHAKLEE-BADAN LEBIH CERGAS DAN LUKA CEPAT SEMBUH SEMASA BERPANTANG

Hi selamat pagi semua,minggu ni semestinya masih hangat & hot cerita mengenai anak-anak ke sekolahkan..termasuklah saya sendiri,memang satu pengalaman yang sangat manis dan teruja bilamana pertama kali hantar anak ke sekolah.

Hari ini saya ingin membawa satu kisah benar atau testimoni seorang pengguna VIVIX yang mana mengalami perubahan besar dalam dirinya sepanjang dia berpantang. Jom kita baca bersama sampai habis ya..

PENGALAMAN TERINDAH BERPANTANG BERSAMA VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik.

Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.

Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.

Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.

Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.

Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.

Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.

Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.

Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.

Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber’Shaklee’. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).

Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti

VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.

Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.

SUPER DUPER TESTIMONI KAN..VIVIX..OOOH VIVIX. Untuk info lanjut sila hubungi saya di talian 010-9555229

4 Jan 2017

HARI PERTAMA MASUK SEKOLAH

Hi semua, lama kita tidak bersiarankan..since hujung tahun lepas, banyak sangat cabaran yang mendatang. Hari ini mari kita sama-sama memberi pandangan dan pendapat mengenai cerita yang sangat hot di awal tahun 2017.

Di awal tahun ni pun banyak cabaran atau cerita-cerita yang menarik  jugakan,  terutamanya yang ada anak ke sekolah. Banyak benda yang harus kena prepare untuk anak-anak tercinta, dari segi kewangan, cabaran juga hehe..dan yang paling menariknya tu,seperti saya sendiri baru merasai pengalaman petama hantar anak ke sekolah yang mana my son berumur 4 tahun.
My precious son 


 Ni la my 1st son, apa yang saya nak share sini adalah,my feeling very happy tambah-tambah lagi anak saya very excited bila ke sekolah. Sampai sahaja di sekolah, kelihatan banyak anak-anak yang menangis, membuatkan saya juga risau dengan anak saya ni..Setibanya di kelas, syukur sangat kerana anak saya tidak buat perangai @ menangis.

Ok, macamana dengan pengalaman anda semua pula,mari kita share ramai-ramai di sini,sekurang-kurangnya kita dapat saling memberikan pendapat juga nasihat atau ada tips-tips yang berguna samaada untuk kita para ibu bapa mahupun untuk kebaikan anak kita juga.

Sampai di sini dulu coretan saya,selamat membaca,share dan komen ya..




18 Nov 2016

AGENT DAN PENGEDAR VIVIX KOTA KINABALU DAN PENAMPANG SABAH

Hi salam jumaat,kebiasaannya last day bekerja adalah hari yang selalu dinanti-nantikan kerana keesokannya adalah cuti..yeeeaaahhh.. dan hari ini juga saya ingin kongsikan kepada anda mengenai VIVIX yang mana memampukan kita kelihatan sentiasa awet muda remaja gitu hehe...

Wowww... tengok betul-betul picture di atas, ingatkan ibunya yang 40 tahun, rupanya anak....VIVIX memang TERBAIK..selain memberikan kesan kesihatan yang optimum, bonus lagi dengan kulit yang super cantik menarik dan menawan..

Sedikit info tentang VIVIX yang perlu anda tahu.

VIVIX atau antioksida terbaik ini mempunyai 4 bahan iaitu Anggur Muscadine, purple carrot, polygonum dan elderberry. Keempat-empat bahan dan ramuan ini telah dikaji bertahun lamanya oleh shaklee dan didapati mempunyai antioksida yang sangat tinggi. Jika anda perasan, keempat-empat bahan ini mempunyai warna yang gelap. Warna gelap pada bahan-bahan inilah menunjukkan bahan-bahan ini mempunyai perlindungan atau antioksida yang tinggi pada tumbuh-tumbuhan ini.

Pengambilan Vivix juga membantu mitokondria di dalam badan kita untuk semakin sihat. Kajian menujukkan, apabila hujung mitokondria ini semakin panjang, umur manusia juga akan semakin panjang dan manusia akan semakin sihat.

Suka saya ingatkan juga tentang penuaan. Penuaan sememangnya kita tidak dapat elakkan, akan tetapi boleh dilambatkan prosesnya penuaan menyebabkan pelbagai masalah dalam badan wujud kerana badan mula kurang pertahanan. Kajian menunjukkan apabila anda mengambil VIVIX, anda akan kelihatan 25 tahun lebih muda daripada usia sebenar termasuk dalaman badan juga :)

Antara keistimewaan VIVIX ini lagi adalah;
- Mengurangkan penyebab berlakunya penyakit alzheimer
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Bantu menurunkan berat badan
- Bantu tingkatkan kesuburan
- Menyokong kesihatan sendi
- Membantu memulihkan penyakit strok atau angin ahmar
- Membantu mengurangkan kencing manis
- Perbaiki sel
- Melindungi jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- Cegah pembentukan protien AGE - protien jahat dalam tubuh

Hampir kesemua keperluan tubuh dipenuhi oleh VIVIX. Kepada yang ingin dan mahu tahu lebih lanjut mengenai VIVIX, boleh hubungi saya terus ya..Pasti saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

kobusak, Kota Kinabalu, Ranau Sabah, serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee  di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 010 9555229
Fb : Nyna marlina
Email : marlinasaidi@yahoo.com


17 Nov 2016

KEMPISKAN PERUT DENGAN HERB-LAX SHAKLEE

Hi korang semua, Pagi yang indah walaupun ada mendung sedikit, Bersyukur kerana masih bernafas :) Hari ini saya akan kongsikan cara untuk kempiskan perut hanya dengan HERB-LAX Shaklee.

Herb - Lax dan kebaikannya
Ramuan asas Herb-Lax ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi yang mana setiap satunya berfungsi untuk;

1) Senna Leaves - Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

2) Buckhron Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

3) Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi

4) Fennel Seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung usus atau perut.

5) Anise Seeds - Meransang pegeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

6) Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik

7) Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi  tekstur kulit

8) Cluver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

9)Alfalfa Leaves - Membantu membersihkan usus, darah dan hati

Antara manfaat utama Herb - Lax Shaklee adalah;
- Membersihkan najis yang tersekat
- Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
- Membantu masalah sembelit
- Membantu membuang lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh badan
- Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Kenapa Herb-Lax ini diminati ramai kerana, ia mampu membantu detox atau cuci perut dan pengambilan suplemen yang lain dapat diserap oleh tubuh di tahap yang optimum. Ia juga bertugas untuk membuang lemak-lemak yang berlebihan dalam badan dan oleh kerana itu, anda perlulah tahu tindakbalasnya memungkinkan anda cirit-birit pada awal pengambilannya dan ini dipanggil sebagai proses membuang toksin-toksin yang selama ini terperap dalam badan.

untuk itu,sampai disini saja entri saya untuk kali ini, selamat berilmu ;)

Saya merupakan pengguna, Pengedar dan ejen Shaklee di Donggongon, Penampang , Kg. Bahang, kobusak, Kota Kinabalu, Ranau Sabah, serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee  di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 010 9555229
Fb : Nyna marlina
Email : marlinasaidi@yahoo.com